BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 21, 2010

Lawatan Ke Rumah Penyayang Hembusan Kasturi pada hari Ahad, 21 Feb 2010

Bersama my good fren Ane..cukup bergaya di sebelah van Islamic Relief Malaysia

Bersama Kella salah seorang orang kuat dan sukrelawan Islamic Relief Malaysia




Seronok melihat kanak-kanak ini makan


Ini lah dia tart yang ditempah


Salam semua

Hari ni kami sekeluarga menziarahi rumah Penyayang Hembusan Kasturi di Klang. Ada seramai lebih 80 kanak-kanak diraikan oleh Sukarelawan dari Islamic Relief Malaysia. Kebetulan, ada Hamba Allah order sebanyak 100 biji blueberry cheese tart untuk kanak-kanak tersebut. Ajue pun ke sana untuk buat delivery. Husband lak salah seorang sukarelawan mereka. Terasa insaf diri ini dan tersangat bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan. Disini ajue rakamkan sedikit gambar untuk tatapan rakan semua.

Wednesday, February 17, 2010

Pengumuman Harga Baru Blueberry Cheese Tart

Kepada sahabat dan peminat Blueberry Cheese Tart yang disayangi, adalah dimaklumkan harga promosi 1 set/RM3.00 akan tamat pada 28 Februari 2010. Bermula pada 1 Mac 2010 harga akan diselaraskan kepada 1 set/RM4.00. Ini adalah setelah mengambilkira peningkatan kos bahan mentah utama seperti gula, cream cheese, white cream dll di dalam pasaran. Walaubagaimanapun harga tersebut masih lagi kompetitif berbanding harga semasa pasaran. Harap maklum.

Love,

Ajue