BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 21, 2010

Lawatan Ke Rumah Penyayang Hembusan Kasturi pada hari Ahad, 21 Feb 2010

Bersama my good fren Ane..cukup bergaya di sebelah van Islamic Relief Malaysia

Bersama Kella salah seorang orang kuat dan sukrelawan Islamic Relief Malaysia




Seronok melihat kanak-kanak ini makan


Ini lah dia tart yang ditempah


Salam semua

Hari ni kami sekeluarga menziarahi rumah Penyayang Hembusan Kasturi di Klang. Ada seramai lebih 80 kanak-kanak diraikan oleh Sukarelawan dari Islamic Relief Malaysia. Kebetulan, ada Hamba Allah order sebanyak 100 biji blueberry cheese tart untuk kanak-kanak tersebut. Ajue pun ke sana untuk buat delivery. Husband lak salah seorang sukarelawan mereka. Terasa insaf diri ini dan tersangat bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan. Disini ajue rakamkan sedikit gambar untuk tatapan rakan semua.

Wednesday, February 17, 2010

Pengumuman Harga Baru Blueberry Cheese Tart

Kepada sahabat dan peminat Blueberry Cheese Tart yang disayangi, adalah dimaklumkan harga promosi 1 set/RM3.00 akan tamat pada 28 Februari 2010. Bermula pada 1 Mac 2010 harga akan diselaraskan kepada 1 set/RM4.00. Ini adalah setelah mengambilkira peningkatan kos bahan mentah utama seperti gula, cream cheese, white cream dll di dalam pasaran. Walaubagaimanapun harga tersebut masih lagi kompetitif berbanding harga semasa pasaran. Harap maklum.

Love,

Ajue

Monday, January 18, 2010

Nak Order..Camana Kira....




Salam Sejahtera.....

Kat tempat keja hari ni asik rasa gatal je tgn nih....kenapa lah agaknye ajue pun mulalah mencari bahan..tapi masih tak de matlamat..nak buat apa...Tiba-tiba husband call..Laling ada kawan sudah tgk blogspot you..depa tanya kalau nak order.... camana kira..... Ajue pun tanya balik..banyak ke...sebab dah petang ni..takut kedai dah tutup. Husband jawab..20 set (1 set/2 blueberry cheese tart saiz besar). Ajue jawab..OK.

So malam ini, ajue bertungkus lumus menyiapkan hajat rakan sekerja husbandku. Camana kira...1 set/RM3.00 je. Harga standard je....Selamat menjamu selera.

Tuesday, January 12, 2010

Kek Gula Hangus



Akibat desakan dari seorang sahabat yang mengidam sampai menjejes air liurnye, ajue pun buatkanlah kek ini khas untuknya. Ane.... this is for you..walaupun kurang secawan susu..tetapi rupa dan rasa kek gula angus aku tetapp menjadi pujaan hatimu...hu..hu..hu..

Egg Tart


Teringat kisah Cik Tat dalam keset Ujang..Dengan pelat cina.."nama saya Ling Tart". Kelmarin, tangan gatal lagi...akhirnya terciptalah Egg Tart. Orait tak.....

Saturday, January 9, 2010

Blueberry Cheese Tart



Ajue dah lama nak try buat tart ni. So tangan pun dah gatal balik, ajue pun terus beli bahan dan buat. Wokey tak....

Monday, December 28, 2009

Cheese Cake Pertama Ajue


Malam tadi, Ajue terasa gian sangat nak buat kek. Bahan dah ada..gatallah tangan nih. Oven baru pun dah ada..ajue pun start lah cari pasal kat dapur. Ni untuk yang amatur cam ajue...tapi rasanye sebijik cam Fruity dan Secret Recipe punya kek..tu husband ajue punye komenlah...he ! he ! perasan lah pulak !!! ....Ni ha resipinya;

Cheese Cake Basic


Bahan-Bahan
Untuk Pie Crust:

25 pcs biskut Marie

1/4 cawan margerine




#Biskut Marie dulu keras. Tapi biskut Marie zaman sekarang ni rapuh. Jadi ajue just ramas dengan tangan jer, supaya ada rasa air tangan sikit. Oh ya..jenama biskut Marie tu Munchy's. Ramas sampai hancur berderai dan gaulkan dengan marjerin tadi sampai boleh kepal. Pastu amik loyang dan alas dengan kertas minyak dan press adunan tadi dalam loyang. Pastu simpan dalam peti ais sekejap sementara tu kita buat filling dia pulak.

Untuk filling

2 peket cream cheese
(jenama apa-apa pun buleh (kalau Philadelphia cream cheese mahallah
sikit RM10.50/peket)
1/2 cawan gula castor
1/2 sudu teh vanilla essence

2 biji telur

1 sudu juice lemon (Ajue pakai oren sunquick je)




#Apalagi pukul je semuanya dengan medium speed sehingga well blended. Telur last sekali. Tak buleh pukul lama sangat nanti telurnya kembang dan akan mengakibatkan wujudnya rongga dalam cheese cake tu nanti. Tak cantik cheese cake kita nanti.



# Finally, keluarkan base yang kita simpan dalam peti ais tadi dan tuangkan filling tersebut yang telah kita pukul baik punye tadi. Dan ia telah sedia untuk di bakar. Panas kan dulu oven, setkan oven pada 160 deg celcius untuk 45 minit. Tips tutup ngan aluminium foil atas loyang supaya surface cake kita tak hangit selepas 30 minit ianya di bakar. Dah siap, sejukkan sekejap dan simpan dalam peti ais kurang-kurang 3 jam.

Masa ajue post resipi ni ajue tgh dengar lagu Zaiton Sameon : Kabut Serangkai Mawar.....Sampai..hati kau....mempermainkan....cinta suci ku...........la..la..la..
jiwanglah pulaks..