Sunday, February 21, 2010
Lawatan Ke Rumah Penyayang Hembusan Kasturi pada hari Ahad, 21 Feb 2010
Salam semua
Hari ni kami sekeluarga menziarahi rumah Penyayang Hembusan Kasturi di Klang. Ada seramai lebih 80 kanak-kanak diraikan oleh Sukarelawan dari Islamic Relief Malaysia. Kebetulan, ada Hamba Allah order sebanyak 100 biji blueberry cheese tart untuk kanak-kanak tersebut. Ajue pun ke sana untuk buat delivery. Husband lak salah seorang sukarelawan mereka. Terasa insaf diri ini dan tersangat bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan. Disini ajue rakamkan sedikit gambar untuk tatapan rakan semua.
Posted by Ajue at 6:11 AM 0 comments
Labels: Program Amal
Wednesday, February 17, 2010
Pengumuman Harga Baru Blueberry Cheese Tart
Kepada sahabat dan peminat Blueberry Cheese Tart yang disayangi, adalah dimaklumkan harga promosi 1 set/RM3.00 akan tamat pada 28 Februari 2010. Bermula pada 1 Mac 2010 harga akan diselaraskan kepada 1 set/RM4.00. Ini adalah setelah mengambilkira peningkatan kos bahan mentah utama seperti gula, cream cheese, white cream dll di dalam pasaran. Walaubagaimanapun harga tersebut masih lagi kompetitif berbanding harga semasa pasaran. Harap maklum.
Love,
Ajue
Posted by Ajue at 10:22 PM 0 comments
Labels: Harga
Monday, January 18, 2010
Nak Order..Camana Kira....
So malam ini, ajue bertungkus lumus menyiapkan hajat rakan sekerja husbandku. Camana kira...1 set/RM3.00 je. Harga standard je....Selamat menjamu selera.
Posted by Ajue at 6:17 AM 0 comments
Labels: Harga
Tuesday, January 12, 2010
Kek Gula Hangus
Akibat desakan dari seorang sahabat yang mengidam sampai menjejes air liurnye, ajue pun buatkanlah kek ini khas untuknya. Ane.... this is for you..walaupun kurang secawan susu..tetapi rupa dan rasa kek gula angus aku tetapp menjadi pujaan hatimu...hu..hu..hu..
Posted by Ajue at 3:27 AM 0 comments
Labels: Resipi
Egg Tart
Teringat kisah Cik Tat dalam keset Ujang..Dengan pelat cina.."nama saya Ling Tart". Kelmarin, tangan gatal lagi...akhirnya terciptalah Egg Tart. Orait tak.....
Posted by Ajue at 3:11 AM 0 comments
Saturday, January 9, 2010
Blueberry Cheese Tart
Ajue dah lama nak try buat tart ni. So tangan pun dah gatal balik, ajue pun terus beli bahan dan buat. Wokey tak....
Posted by Ajue at 7:35 AM 0 comments
Labels: Resipi
Monday, December 28, 2009
Cheese Cake Pertama Ajue
Cheese Cake Basic
Bahan-Bahan Untuk Pie Crust:
25 pcs biskut Marie
1/4 cawan margerine
(jenama apa-apa pun buleh (kalau Philadelphia cream cheese mahallah sikit RM10.50/peket)
1/2 sudu teh vanilla essence
2 biji telur
1 sudu juice lemon (Ajue pakai oren sunquick je)
# Finally, keluarkan base yang kita simpan dalam peti ais tadi dan tuangkan filling tersebut yang telah kita pukul baik punye tadi. Dan ia telah sedia untuk di bakar. Panas kan dulu oven, setkan oven pada 160 deg celcius untuk 45 minit. Tips tutup ngan aluminium foil atas loyang supaya surface cake kita tak hangit selepas 30 minit ianya di bakar. Dah siap, sejukkan sekejap dan simpan dalam peti ais kurang-kurang 3 jam.
Masa ajue post resipi ni ajue tgh dengar lagu Zaiton Sameon : Kabut Serangkai Mawar.....Sampai..hati kau....mempermainkan....cinta suci ku...........la..la..la.. jiwanglah pulaks..
Posted by Ajue at 3:02 AM 1 comments
Labels: Resipi